Blogger Templates

kaka

11 July, 2012

lelaki dan ayat gula-gula.. ayat gula-gula? ayat-ayat manis la..


perempuan.
kamu itu sangat mudah perasan kan?
kamu suka bila dipuja puji.
kamu suka bila ada orang admire kamu.
kamu rasa bahawa at least ada someone yang peduli.
kamu rasa bahawa at least ada someone yang baik.

perempuan,
kamu sedarkan,
hati kamu itu sangat mudah tersentuh.
cepat benar terasa bunga-bunga,
bila mendengar ayat-ayat yang penuh ‘gula-gula’.

perempuan,
kamu tahukan,
kadang-kadang,
kamu cepat benar cair,
hanya pada bicara dan perkataan,
dan perbuatan lelaki yang pada anggapan kamu,
sweet dan caring.

sweet pada pandangan kamu,
caring pada anggapan kamu,
adalah dosa pada catatan malaikat,
dan zina mengikut hukum Allah.

perempuan,
sweet itu,
biarlah selepas halal.
caring itu,
biarlah selepas sah, menjadi hak.

sebelum itu,
biarkan kamu allergy dengan ayat-ayat manis,
yang meniti di bibir-bibir lelaki.
8C

No comments:

Post a Comment

 
Cute Strawberry