Blogger Templates

kaka

14 December, 2011

nak buat kek nie... sedappppp ^_^

Kek Coklat Bakar - resepi III

Bahan-bahan : loyang kecil (gandakan bahan2 utk loyang besar)
  • 100 g tepung naik sendiri
  •  40 g serbuk koko (DJ guna koko hitam)
  • 150 g gula pasir (dikisar halus) 
  • 3 biji telur A
  • 50 g marjerin / mentega (dicairkan) - DJ guna marjerin 
  • 60 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk ovalette
  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan alaskan dgn baking paper. Sapukan lagi dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  3. Satukan gula, telur, esen vanilla, ovalette dan susu cair di dalam mangkuk pengadun dan putar hingga gebu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan hingga sebati.
  5. Masukkan marjerin / mentega cair dan kacau perlahan dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit (bergantung pd suhu oven masing2).
  7. Setelah masak, keluarkan terus kek dari oven dan sejukkan sebelum dihiaskan dgn ganache / topping kesukaan.
*** ganache yg kaka buat ni adalah ganache simple dan ikut mana2 stok yg ada dlm simpanan shj spt marjerin, susu cair, serbuk koko, dan gula.
*** kek ni sgt sedap dimakan setelah disimpan semalaman. Tutup kemas kek ni  dgn kertas foil atau simpan dlm bekas yg bertutup utk mengekalkan kelembapannya.

No comments:

Post a Comment

 
Cute Strawberry